Testimoni Pakej Seri Permaisuri

Hari pertama pembukaan Belantara Spa Sungai Petani ini, kami telah mendapat beberapa tempahan. Kami mendahulukan customer kami yang paling awal iaitu Cik Nurul Harnizan Ahmad. Beliau datang ke Belantara Spa untuk menikmati sendiri ketenangan dan 'release' stress yang beliau lalui di tempat kerjanya.
.
Memang kami layan dan bagi servis yang terbaik dengan suasana seperti di tepi sungai bila mendengar bunyi deruan air mengalir bersama alunan lagu lembut. Aroma therapy yang kami terapkan di dalam Pakej Seri Permaisuri ni membuatkan beliau sampai terbuai-buai hingga terpejam mata.
.
Alhamdulillah, kami dapat feedback yang positif daripada customer kami, cik Harnizan yang mendapatkan pakej Seri Permaisuri iaitu Scrub Kaki, Relaxing Body Massage dan Sauna. Memang berbaloi-baloi katanya sampai beliau sendiri terlena dan merasakan terlalu cepat masa berlalu. Stress tempat kerja yang beliau kata sebelum datang ke sini, akhirnya HILANG begitu sahaja. Terima kasih Cik Harnizan, kami doakan anda tak stress sgt yer.
.
Tapi, kalau stress lagi, jangan la segan2 nak datang lagi ke Belantara Spa yer. Tq.

Comments

Popular Posts